Krafbuku

Terma Pembayaran

Sila baca terma berikut sebelum membuat bayaran RM39 untuk akses Krafbuku.

1. Bayaran sekali sahaja

Yuran RM39 adalah bayaran sekali (one-off) untuk akses seumur hidup kepada akaun Krafbuku anda. Tiada caj berulang dan tiada langganan.

2. Akaun dicipta selepas bayaran

Akaun anda hanya akan dicipta selepas bayaran disahkan oleh gateway pembayaran. Anda akan log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan yang diisi semasa pendaftaran.

3. Produk digital & polisi bayaran balik

Krafbuku ialah perisian digital yang diakses serta-merta selepas bayaran. Oleh itu, bayaran tidak boleh dikembalikan selepas akaun diaktifkan, kecuali berlaku caj berganda atau kegagalan teknikal di pihak kami yang tidak dapat diselesaikan.

4. Gateway pembayaran

Semua bayaran diproses dengan selamat melalui ToyyibPay. Kami tidak menyimpan maklumat kad atau perbankan anda.

5. Penggunaan yang dibenarkan

Satu akaun untuk satu pengguna. Perkongsian akaun, jualan semula akses, atau penggunaan automatik secara pukal tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan akaun ditamatkan tanpa bayaran balik.

6. Hasil ebook

Ebook yang dihasilkan menggunakan arahan Krafbuku adalah hak milik anda sepenuhnya dan boleh dijual. Kualiti hasil bergantung kepada platform AI pilihan anda; kami tidak menjamin jualan atau pendapatan.

7. Sokongan

Sokongan diberikan melalui e-mel. Kami berhak mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa; versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.

Daftar & Bayar Sekarang